Malaysia Oversight

Nurul Izzah ajak wakil rakyat PKR sumbang bantuan SARA kepada golongan memerlukan

By TheSun in September 1, 2025 – Reading time 1 minute
Nurul Izzah ajak wakil rakyat PKR sumbang bantuan SARA kepada golongan memerlukan


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden mengajak wakil rakyat parti itu dan orang ramai yang berkemampuan untuk pass it forward atau memanjangkan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 diterima mereka kepada golongan memerlukan.

menerusi hantaran di Facebook berkata beliau dan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari yang juga Ahli Parlimen Gombak sudah berpakat melaksanakan langkah itu hari ini.

“RM100 mungkin nampak kecil bagi mereka yang hidup serba cukup. Namun, jumlah ini besar ertinya bagi golongan serba kekurangan. Ia boleh jadi rezeki yang mengenyangkan perut anak-anak dan keluarga tersayang.

“Merdeka bukan sekadar satu slogan, tetapi hasil perjuangan kita bersama. Tiba masanya untuk kita memberi semula kepada rakyat yang hidup dalam kesempitan. Jangan biarkan sesiapa pun tersisih! Setiap orang berhak untuk menikmati hidangan di atas meja mereka,” katanya.

turut mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan ke-68 kepada seluruh rakyat Malaysia pada hantaran itu.

SARA RM100 ialah bantuan tunai sekali bayar diberikan kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas tanpa perlu membuat permohonan dan boleh digunakan di lebih 7,000 premis perniagaan berdaftar seluruh negara sehingga 31 Dis ini. – Bernama



Source link