Bekas Speaker Parlimen Ukraine, Andriy Parubiy ditembak mati semalam di bandar barat Lviv, menurut pihak berkuasa negara itu, lapor Xinhua.
Pejabat Pendakwa Raya Ukraine memaklumkan seorang lelaki tidak dikenali melepaskan tembakan dan menembak mati ahli politik berusia 54 tahun itu di tempat kejadian.
Menurut media tempatan, suspek yang menyamar sebagai penghantar barang melarikan diri dengan menaiki basikal elektrik dan kini sedang diburu polis.
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky mengecam pembunuhan itu sebagai satu “jenayah kejam.
“Semua pasukan dan sumber yang diperlukan telah digerakkan untuk menyiasat dan menjejaki pembunuh itu” katanya menerusi hantaran di platform sosial X.
Parubiy merupakan tokoh utama dalam gerakan protes Ukraine pada 2004 dan 2014, selain pernah berkhidmat sebagai setiausaha Majlis Keselamatan dan Pertahanan Negara.
Bekas Presiden Ukraine, Petro Poroshenko menyifatkan pembunuhan itu sebagai “serangan besar terhadap Ukraine.”
-Bernama