Malaysia Oversight

U Mobile Perluaskan Liputan Ultra5G Di Putrajaya Dan Kota Kinabalu

By Amanz in August 30, 2025 – Reading time 1 minute
U Mobile Perluaskan Liputan Ultra5G Di Putrajaya Dan Kota Kinabalu


U Mobile memperluaskan liputan rangkaian Ultra5G ke dan Kota Kinabalu selepas berjaya menjalankan ujian awal di Berjaya Times Square. Langkah ini bertujuan memperkukuh liputan 5G di lebih banyak kawasan sekali gus memberi peluang kepada pengguna merasai kelajuan rangkaian sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Sabah pada 31 Ogos 2025.

Photo 3

U Mobile telah melaksanakan rangkaian Ultra5G di Kota Kinabalu dengan kerjasama ZTE dan Celcom Timur Sabah. Buat masa ini, maklumat terperinci mengenai pelaksanaan di masih belum didedahkan. Antara lokasi baharu yang dikenal pasti di Kota Kinabalu termasuk Padang Bandaran dan Kompleks Membeli-Belah Karamunsing.

Photo 4 edited

Wakil syarikat memaklumkan bahawa pengguna boleh menikmati sambungan 5G di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman yang merangkumi kawasan pesisir antara Pantai Tanjung Aru dan Terminal Feri Jesselton Point. Di , rangkaian Ultra5G meliputi sepanjang Persiaran Perdana dari Affin Bank hingga ke Wisma Tani. Pengguna boleh mengenal pasti sambungan Ultra5G melalui nama rangkaian ‘UM ULTRA5G’ yang tertera pada peranti mereka.

Photo 1

U Mobile turut merancang untuk terus memperluaskan liputan di Putrajaya dan Kota Kinabalu serta menjadualkan pelancaran di kawasan baharu dalam masa terdekat.



Source link