Malaysia Oversight

Pearly-Thinaah mara ke final kejohanan dunia BWF

By MkiniBM in August 30, 2025 – Reading time 1 minute
Pearly-Thinaah mara ke final kejohanan dunia BWF


Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan dan M Thinaah, selangkah lagi untuk mencipta sejarah merangkul pingat emas pertama Malaysia dalam kategori itu di Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025.

Dalam aksi separuh akhir di Adidas Arena, Paris, Perancis, hari ini, gandingan tersebut menewaskan pasangan Jepun, Nami Matsuyama dan Chiharu Shida dengan keputusan 14-21, 21-13, 21-12.

Semalam, Pearly-Thinaah menyingkirkan beregu Bulgaria, Gabriela dan Stefanie Stoeva, 21-15, 21-10 dalam perlawanan suku akhir.



Source link