Malaysia Oversight

Malaysia-China perkasa kerjasama dalam bidang perubatan tradisional

By Utusan in April 27, 2025 – Reading time 1 minute
Malaysia-China perkasa kerjasama dalam bidang perubatan tradisional


PETALING JAYA: Hubungan erat antara Malaysia dan terus diperkukuhkan menerusi bidang kesihatan, khususnya dalam perubatan tradisional.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerjasama kedua-dua negara itu bukan sahaja tertumpu kepada sektor ekonomi dan perdagangan, malah meluas kepada usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Hubungan dalam bidang perubatan ini telah lama terjalin, lebih-lebih lagi ketika negara kita menghadapi saat getir semasa pandemik COVID-19,” katanya ketika berucap pada Forum Kemuncak Perubatan Tradisional Cina, -Malaysia kali ke-2.

Menurut Ahmad Zahid, usaha berterusan tersebut bukan sahaja akan memperluaskan pilihan rawatan untuk rakyat Malaysia, malah turut memperkukuhkan lagi jalinan persahabatan antara Malaysia dan .

“Insya-Allah, segala ikhtiar ini adalah demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Malaysia yang kita cintai,” katanya.

Difahamkan, forum tersebut menjadi platform penting untuk bertukar pandangan dan pengalaman dalam bidang perubatan tradisional, selain meneroka peluang kerjasama baharu dalam sektor kesihatan antara kedua-dua negara. – UTUSAN





Source link