Malaysia Oversight

Amerika Tarik Kebenaran Intel, Samsung dan SK Hynix Menggunakan Mesin Menghasilkan Cip di China.

By Amanz in August 30, 2025 – Reading time 1 minute
Amerika Tarik Kebenaran Intel, Samsung dan SK Hynix Menggunakan Mesin Menghasilkan Cip di China.


Amerika Tarik Kebenaran Intel, Samsung dan SK Hynix Menggunakan Mesin Menghasilkan Cip di .

August 30, 2025
Intel
Perkakasan
Samsung

Effi Saharudin

Tindakan keji atau satu lagi langkah strategik Amerika Syarikat untuk memaksa syarikat luar kembali menghasilkan cip di negara mereka? Ini persoalan apabila Amerika Syarikat menarik semula kebenaran untuk Intel, Samsung dan SK Hynix menggunakan mesin menghasilkan cip dengan teknologi milik mereka di minggu ini.

Perang Chip Cip China Amerika

Sebelum ini pengecualian diberikan kepada ketiga-tiga syarikat dan selepas ini mereka perlu memohon lesen daripada Amerika untuk terus menggunakannya. Arahan yang dikeluarkan Jabatan Perdagangan Amerika ini akan berkuatkuasa dalam masa 120 hari. Selepas ini lesen hanya dibenarkan untuk syarikat meneruskan operasi sedia ada di tetapi tidak menawarkannya untuk mengembangkan kapasiti dan menaik taraf teknologi.

Arahan terbaru Jabatan Perdagangan A.S ini mengakibatkan saham beberapa syarikat pengeluar kelengkapan di Amerika Syarikat susut. Ia dilihat sebagai satu lagi tekanan oleh Amerika Syarikat untuk memaksa syarikat fabrikasi cip untuk memberikan tumpuan kepada mereka sehingga mendatangkan impak ke atas China.

Samsung dan SK Hynix sudahpun membina kilang fabrikasi di Amerika Syarikat. Ini melayakkan mereka mengelak daripada dikenakan tarif 100% ke atas import cip dan semikonduktor yang diumumkan awal bulan ini.

Reuters

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link