Malaysia Oversight

Jesselton Docklands Ialah Projek Bertemakan Mesra Alam Di Kota Kinabalu

By Amanz in August 30, 2025 – Reading time 1 minute
Jesselton Docklands Ialah Projek Bertemakan Mesra Alam Di Kota Kinabalu


Jesselton Docklands Ialah Projek Bertemakan Mesra Alam Di Kota Kinabalu

August 30, 2025
Lain-lain
Senibina

Effi Saharudin

Kota Kinabalu akan mempunyai tarikan baharu Jesselton Docklands dengan ia dibangunkan dengan beberapa ciri mesra alam. Jesselton Docklands dibina di lokasi sekitar 15 minit daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dengan ia dibangunkan bagi menghidupkan semula kawasan pelabuhan lama sebagai hab budaya dan komuniti.

Jesselton Docklands B

Projek direka oleh firma senibina Snøhetta dari Norway dengan ia mengambil inspirasi daripada perkampungan nelayan tempatan sambil mengintegrasikan elemen susun atur organik, pengudaraan dan tempat berteduh semula jadi. Antara elemen rekaan yang digunakan ialah bioswale yang menapis air hujan menggunakan tumbuh-tumbuhan serta penggunaan landskap untuk mengawal banjir khususnya semasa musim taufan.

Jesselton Docklands A

Jesselton Docklands akan mempunyai lima zon iaitu The Bedrock, The Enclave, The Reef, The Tides dan The Holm. The Bedrock akan menempatkan ruang membeli belah dan juga hotek butik. The Enclave pula menempatkan terminal feri, hotel mewah dan taman. Dua menara di The Enclave mengambil inspirasi daripada puncak Gunung Kinabalu.

Jesselton Docklands C

The Reef menempatkan plaza, taman terapung dan ruang awam. The Tides akan menjadi pelabuhan dan terminal untuk kapal persiaran. Akhir sekali ialah The Holm yang menempatkan kawasan perumahan dengan sungai dan juga persekolahan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link