Malaysia Oversight

Konsep Lenovo Project Pivo dan Project Ballet Tertiris Dengan Skrin Berputar

By Amanz in August 30, 2025 – Reading time 1 minute
Konsep Lenovo Project Pivo dan Project Ballet Tertiris Dengan Skrin Berputar


Konsep Lenovo Project Pivo dan Project Ballet Tertiris Dengan Skrin Berputar

August 30, 2025
Lenovo

Effi Saharudin

Tiga tahun lalu Lenovo memperlihatkan komputer riba konsep dengan skrin boleh gulung yang kemudiannya dijual tanju ini sebagai Lenovo ThinkBook Plus Gen 6. Tahun ini mereka akan memperlihatkan pula konsep Project Pivo dengan skrin yang boleh berputar 90 darjah dengan rekaannya ditiriskan oleh @eveaks.

Lenovo Project Pivo A

Skrin 16:9 Project Pivo boleh digunakan dalam posisi landskap yang kemudiannya berputar untuk dipaparkan menegak. Tidak banyak diketahui mengenai komputer riba ini. Besar kemungkinan skrin berputar menggunakan motor. Berdasarkan rekaan, Project Pivo kelihatan seperti komputer riba daripada siri ThinkBook Plus.

Lenovo Project Ballet

Turut tertiris ialah Project Ballet yang merupakan gimbal untuk komputer riba yang dikuasakan kecerdasan buatan (AI). Menerusi mikrofon dan kamera komputer riba, Project Ballet akan berputar mengikut kedudukan pengguna.

Dengan IFA Berlin akan berlangsung minggu depan, Project Pivo pastinya akan diperlihatkan kepada umum pada acara tersebut.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link