Malaysia Oversight

Acer 4K UHD Google TV Box Dilancarkan

By Amanz in August 30, 2025 – Reading time 1 minute
Acer 4K UHD Google TV Box Dilancarkan


Acer 4K UHD Google TV Box Dilancarkan

August 30, 2025
Acer
TV

Effi Saharudin

Bila bercakap mengenai Acer, objek pertama muncul di kepala anda ialah komputer riba berkuasa tinggi Predator dan monitor dengan kadar segar semula tinggi. Kini Acer 4K UHD Google TV Box telah dilancarkan menandakan era Acer memasuki pasaran kotak TV Android pula.

Acer 4K Google TV Box

Acer 4K UHD Google TV Box dilengkapi cip Amlogic S905X5 (4x CPU Cortex-A510, GPUMali-G310 GPU), 2GB RAM dan pilihan I/O HDMI, USB-C, USB-A, LAN, S/PDIF dan microSD card slot. Pilihan I/O adalah amat pelbagai dibandingkan dengan kebanyakan kotak TV lain di pasaran. Ia turut menyokong paparan sehingga resolusi 4K.

Alat kawalan jauh pula mempunyai butang pintasan pantas untuk YouTube, Netflix, Prime Video, YouTube Music dan menonton TV linear. Konfigurasi lain adalah sama seperti alat kawalan Google Chromecast with Google TV dengan ia diperbuat daripada plastik.

Pada waktu ini Acer 4K UHD Google TV Box hanya dijual di Afrika Selatan dengan pratempahan dibuka tetapi harga belum diumumkan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link