Malaysia Oversight

Vivaldi Tidak Akan Menambah Integrasi AI Pada Pelayar Web Buat Masa Ini

By Amanz in August 29, 2025 – Reading time 1 minute
Vivaldi Tidak Akan Menambah Integrasi AI Pada Pelayar Web Buat Masa Ini


Vivaldi Tidak Akan Menambah Integrasi AI Pada Pelayar Web Buat Masa Ini

August 29, 2025
Perisian

Aman

Vivaldi, salah satu pelayar web popular dipasaran, kini menyatakan pendirian yang tidak akan mengintegrasikan kecerdasan buatan pada pelayar web buat masa ini, seperti yang dilakukan sejumlah pembangun pelayar web lain.

Vivaldi

Vivaldi mengatakan tidak akan menambah sebarang chatbot berasaskan LLM, fungsi merumuskan kandungan, atau ciri mengisi borang pada web menggunakan kecerdasan buatan. Perkara ini tidak akan dilaksanakan buat masa ini, sehinggalah kaedah lebih baik hadir pada masa akan datang.

Vivaldi turut menekankan mereka memfokuskan kepada manusia berbanding “hype”. Mereka menyatakan pelayaran web sendiri sesuatu yang menarik melibatkan eksplorasi, kajian, sekaligus membentuk minda yang aktif bertanya. Mereka tidak ingin menjadikan pengguna produk mereka seseorang yang pasif semata, disamping menggunakan kecerdasan buatan yang mencuri hak cipta dan melanggar privasi.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link