Malaysia Oversight

Tol percuma di EKVE mulai esok hingga 30 Sept

By MkiniBM in August 29, 2025 – Reading time 1 minute
Tol percuma di EKVE mulai esok hingga 30 Sept


Perdana Menteri Ibrahim mengumumkan pelaksanaan tol percuma kepada pengguna Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) bermula jam 6 pagi esok sehingga jam 11.59 malam 30 Sept ini.

“Atas semangat kemerdekaan ini, saya umumkan tol percuma di mana-mana plaza tol EKVE selama 30 hari bermula 6 pagi esok,” kata beliau ketika merasmikan pembukaan EKVE Seksyen Satu di Plaza Tol Ampang di Kuala Lumpur hari ini.

Lebuh raya EKVE Seksyen Satu sepanjang 24 kilometer itu mempunyai empat persimpangan bertingkat iaitu di Sungai Long, Bandar Mahkota Cheras, Hulu Langat dan Ampang.

Dalam ucapannya, perdana menteri turut menggesa supaya pembinaan lebuh raya EKVE Seksyen Dua dipercepat.

“Kesesakan sudah di tahap maksimum, kerana di Kuala Lumpur, di bandar-bandar ini kesesakannya luar biasa, jadi projek-projek itu (pembinaan lebuh raya) harus disegerakan ikut jadual, walaupun ia memakan belanja dan kos yang tinggi.

“Kita ini selain perbelanjaan paling tinggi untuk pendidikan dan kesihatan juga ialah kerja raya dan pengangkutan, kerana Malaysia ini sudah jadi destinasi pelancongan tinggi, maka keperluan itu bukan lagi untuk rakyat tempatan juga pelancong,” katanya.

Hadir sama Menteri Besar Amirudin Shari, Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi, dan Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar

Bernama



Source link