Malaysia Oversight

Kerajaan tubuh jawatankuasa khas tangani isu buli

By MkiniBM in August 29, 2025 – Reading time 1 minute
Kerajaan tubuh jawatankuasa khas tangani isu buli


Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menangani masalah buli, kata Fadzil.

Jurucakap Perpaduan itu menjelaskan jawatankuasa terbabit akan bermesyuarat untuk kali pertama pada 2 Sept ini dan dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said.

“Jawatankuasa khas ini akan mengumpulkan pandangan pelbagai kementerian dan agensi untuk menyelaras beberapa perkara selepas kita buat beberapa pindaan termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia dan Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di , hari ini.

yang juga Menteri Komunikasi berkata mesyuarat sulung jawatankuasa khas itu akan memberi tumpuan kepada penyelarasan prosedur operasi standard (SOP) khususnya berkaitan pengurusan asrama dan institusi pendidikan seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Antaranya, kata , menilai cadangan menempatkan bekas tentera sebagai warden asrama MRSM yang dijangka memberikan impak positif.

“Jawatankuasa ini, yang dianggotai wakil Jabatan Peguam Negara (AGC) dan pelbagai kementerian termasuk Kementerian Komunikasi, akan berfungsi sebagai platform penyelarasan utama bagi memastikan keseragaman interpretasi dan pelaksanaan pindaan Seksyen 507C Kanun Keseksaan serta peruntukan berkaitan buli siber,” katanya.

Dia turut menyatakan jawatankuasa berkenaan akan meneliti mekanisme penguatkuasaan yang komprehensif, termasuk aspek pembukaan kertas siasatan, saluran pelaporan yang efektif untuk penyelia asrama, dan penentuan sama ada kes-kes buli tertentu perlu diangkat ke mahkamah atau diselesaikan melalui tribunal dalaman.

Pendekatan itu, kata Fahmi, diharap dapat mengelakkan kekeliruan dalam tafsiran undang-undang dan memastikan keadilan kepada semua pihak terlibat.



Source link