Malaysia Oversight

Instagram Menguji Ciri Mod Gambar Dalam Gambar Untuk Reels

By Amanz in August 29, 2025 – Reading time 1 minute
Instagram Menguji Ciri Mod Gambar Dalam Gambar Untuk Reels


Instagram Menguji Ciri Mod Gambar Dalam Gambar Untuk Reels

August 29, 2025
Aplikasi

Amy Maizuraa

Instagram mengambil langkah untuk menyaingi TikTok dan YouTube dengan menawarkan ciri picture-in-picture (PiP) bagi tontonan Reels. Melalui ciri ini, pengguna boleh menonton video dalam tetingkap kecil sambil menggunakan aplikasi lain sekali gus memudahkan mereka menjalankan pelbagai aktiviti serentak.

IG PIP 1

Instagram menjalankan ujian awal bersama pengguna terpilih untuk menilai keberkesanan ciri berkenaan. Selain itu, mereka turut menambah butang baharu dalam tetapan main semula bagi memudahkan pengguna mengaktifkan ciri tersebut semasa menonton. Ciri ini hanya melibatkan tontonan video dan tidak berkaitan dengan penciptaan kandungan.

Setakat ini, Instagram belum menetapkan tarikh pelancaran rasmi bagi ciri tersebut. Namun langkah ujian ini menunjukkan bahawa pelancaran penuh mungkin semakin hampir.

Social Media Today

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link