TH Plantations Bhd (TH Plantations) mengesahkan menerima surat rayuan daripada Mohamed Zainurin Mohamed Zain berhubung penamatan kontraknya sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat terbabit.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, TH Plantations memberitahu pihaknya akan meneliti kandungan rayuan tersebut dan akan mengambil langkah sewajarnya terhadap perkara berkenaan.
Pada Selasa, TH Plantations mengumumkan bahawa kontrak Mohamed Zainurin ditamatkan dengan surat rasmi penamatan perkhidmatan telah dikeluarkan kepadanya.
Mohamed Zainurin dilantik sebagai CEO pada 1 Okt 2021.
– Bernama