Malaysia Oversight

WhatsApp Kini Mempunyai Ciri Writing Help Dengan Bantuan AI

By Amanz in August 29, 2025 – Reading time 1 minute
WhatsApp Kini Mempunyai Ciri Writing Help Dengan Bantuan AI


WhatsApp Kini Mempunyai Ciri Writing Help Dengan Bantuan AI

August 29, 2025
Aplikasi
Meta

Effi Saharudin

WhatsApp telah melancarkan ciri baharu dipanggil Writing Help, yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk membantu pengguna menulis mesej. Ciri ini membolehkan pengguna memilih gaya penulisan seperti profesional, memberikan sokongan atau nada berseloroh. Ia mengingatkan kami kepada ciri bantuan penulisan yang kini wujud pada peranti Samsung, dan Oppo.

meta whatsapp writing help

Ciri ini diaktifkan dengan menekan ikon pencil dengan bintang kecil. Taip apa yang ingin ditulis dalam kotak dialog WhatsApp. Writing Help yang dikuasakan oleh Meta AI kemudiannya akan menulis semula karangan ini dalam tiga gaya penulisan yang dinyatakan di atas tadi.

Bagi memastikan privasi pengguna terjaga, teknologi Private Processing digunakan dengan apa yang ditulis tidak akan dibaca oleh Meta. Ciri ini telah dilancarkan dalam Bahasa Inggeris di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain dengan Sskongan untuk bahasa dan negara lain akan menyusul menjelang akhir 2025.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link