Malaysia Oversight

RUU Mufti Wilayah Persekutuan ditangguh kali keempat

By MkiniBM in August 29, 2025 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


Perbahasan untuk meluluskan Rang Undang-undang Mufti Wilayah Persekutuan ditangguhkan lagi.

Ini merupakan kali keempat perbahasan atau bacaan kedua dan ketiga rang undang-undang itu ditangguhkan sejak pertama kali dibentangkan di Dewan Rakyat pada Julai tahun lalu.

Ia pertama kali ditangguhkan selepas bantahan daripada Raja Perlis, Tuanku Syed Putra Jamalullail, mengenai percubaan rang undang-undang itu untuk mentakrifkan maksud menjadi Muslim Sunni, serta menyebut Majlis Raja-Raja sebagai penyokong.

Bagaimanapun, rang undang-undang itu tidak diubah dan sepatutnya dibahaskan pada sidang Oktober-Disember 2024, sebelum ia ditangguhkan sekali lagi, dikatakan untuk memberi lebih masa untuk menjelaskan rang undang-undang itu.

Tetapi perbahasan tidak berlaku dalam persidangan Dewan Rakyat Februari-Mac 2025, dan juga tidak dibahaskan dalam mesyuarat Julai-Ogos, yang berakhir semalam.

Tiada alasan diberikan untuk penangguhan terkini.

Rang undang-undang itu – yang sepatutnya hanya terpakai untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, , dan Labuan – bertujuan menyediakan perundangan yang jelas mengenai pelantikan mufti wilayah, pengeluaran fatwa, undang-undang dan doktrin , dan perkara lain, termasuk penubuhan beberapa jawatankuasa agama.

Ia telah menghadapi tentangan daripada pihak konservatif dan liberal.

Mufti Perlis Asri Zainal Abidin berpendirian sama dengan Raja Perlis, bahawa definisi rang undang-undang tentang Muslim Sunni adalah terlalu sempit.

Pengkritik liberal, termasuk peguam Latheefa Koya, Zaid Ibrahim, dan Forum SIS, menimbulkan kebimbangan mengenai potensi rang undang-undang itu untuk membuat fatwa mengikat umat secara sah.

Sementara Majlis Perundingan Buddhisme, Kristian, , Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) bimbang fatwa yang sah di sisi undang-undang akan melanggar hak bukan .



Source link