Malaysia Oversight

Typepad Menamatkan Perkhidmatan Blog Selepas 22 Tahun Beroperasi

By Amanz in August 28, 2025 – Reading time 1 minute
Typepad Menamatkan Perkhidmatan Blog Selepas 22 Tahun Beroperasi



WordPress Tajria

Typepad Menamatkan Perkhidmatan Blog Selepas 22 Tahun Beroperasi

August 28, 2025
Web 2.0

Aman

Typepad merupakan antara perkhidmatan menulis blog terawal, dilancarkan pada Oktober 2003. Ia digunakan ramai dalam melakukan pelbagai perkongsian dan catatan harian menggunakannya.

Terbaru, pihak Typepad kini memaklumkan mereka akan menamatkan penawaran perkhidmatan mereka berkuat-kuasa 30 September 2025 kelak. Pengumuman ini dilakukan secara mengejut pada minggu ini.

Untuk makluman, pihak Typepad telah menghentikan pendaftaran akaun baharu sejak penghujung 2020 yang lepas, dan kini mereka memilih untuk menamatkan perkhidmatan mereka. Selepas 30 September 2025, semua perkongsian dan artikel yang diterbitkan akan dipadam sepenuhnya. Bagi anda yang menggunakan Typepad, boleh membuat salinan pendua untuk data anda di perkhidmatan tersebut sebelum ia dipadam sepenuhnya.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link