Malaysia Oversight

Prestasi TNB Bagi Separuh Pertama 2025 : Memacu Pembangunan Negara, Memperkasa Komuniti

By Amanz in August 28, 2025 – Reading time 3 minute
Prestasi TNB Bagi Separuh Pertama 2025 :  Memacu Pembangunan Negara, Memperkasa Komuniti


Prestasi TNB Bagi Separuh Pertama 2025 : Memacu Pembangunan Negara, Memperkasa Komuniti

August 28, 2025
Lain-lain

Penulis Tamu

Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini mengumumkan prestasi kewangan bagi separuh pertama tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025, sekaligus memperlihatkan sejumlah pencapaian TNB dalam terus membangunkan negara dan menyokong komuniti.

TNB EV

Tenaga Nasional Berhad memfokuskan kepada strategi utama mereka sehingga kini, iaitu memastikan rakyat Malaysia terus menikmati bekalan elektrik yang stabil, selamat dan boleh-percaya. Selain daripada kekuatan kewangan pada TNB, mereka turut memfokuskan kepada sumbangan kepada komuniti, dan juga bekalan yang berdaya harap yang menjadi asas penting dalam menyokong isi rumah, industri serta pertumbuhan negara.

Selari dengannya, TNB turut melakukan sejumlah pelaburan tinggi dalam projek-projek berkaitan. Pada pertengahan pertama 2025 sahaja, TNB telah melabur sebanyak RM5.2 bilion dalam memenuhi pertumbuhan permintaan, keselamatan bekalan dan peralihan tenaga.

TNB turut berkongsi mengatakan pada 28 Mei 2025 yang lepas, mereka telah mencatatkan rekod permintaan maksimum baharu, iaitu sebanyak 21,049MW. Indeks Tempoh Masa Purata Gangguan Sistem oleh TNB juga turut mencatatkan penambah-baikkan kepada 23.56 minit bagi setiap pelanggan pada pertengahan pertama 2025, berbanding 23.92 minit pada tahun lepas.

TNB Menara

TNB mencatatkan pulangan sebanyak RM2.2 bilion, disokong oleh permintaan kukuh, kecekapan operasi serta pengurusan kewangan berhemat. Ini juga disumbang oleh keuntungan terjemahan pertukaran asing sebanyak RM350.6 juta, terutamanya berikutan pengukuhan ringgit, daripada RM4.47/USD pada Disember 2024 kepada RM4.21/USD pada Jun 2025. Prestasi yang stabil ini telah membolehkan Lembaga Pengarah mengisytiharkan dividen interim sebanyak 25 sen sesaham, selaras dengan dasar dividen syarikat.

TNB juga menganggarkan pulangan RM1.5 bilion dalam bentuk dividen kepada pemegang saham, dan hampir 60% akan disalurkan kepada institusi pelaburan berkaitan seperti KWSP, Khazanah, PNB dan KWAP.

Tidak setakat itu, TNB juga melaksanakan sejumlah inisiatif dan program dalam menyiapkan negara menuju masa depan. Salah satunya adalah dengan pengenalan bidang Kecerdasan Buatan (AI) bermula September 2025 ini di UNITEN.

TNB turut memperkukuh impak sosialnya melalui bantuan zakat, dengan RM5.4 juta disalurkan kepada lebih 21,500 penerima asnaf. Bantuan ini merangkumi projek perumahan di bawah Projek Baiti Jannati, pembaikan dan pendawaian semula rumah, bantuan kepada golongan miskin dan kumpulan memerlukan, serta sokongan bagi tujuan Fisabilillah seperti penambahbaikan masjid dan surau, bantuan kepada institusi tahfiz serta inisiatif kebajikan lain.

Selain itu, TNB turut telah membelanjakan RM99.7 juta dalam program inisiatif komuniti, termasuk seperti bantuan sokongan pendidikan, kebajikan pendidikan, sumbangan khidmat komuniti, inisiatif penjagaan kesihatan, bantuan bencana, pembangunan sukan, pulau tenaga hijau, dan juga merakyatkan solar:

Sokongan Pendidikan: Menerusi bantuan berjumlah RM64.3 juta yang disalurkan melalui UNITEN dan Yayasan Tenaga Nasional (YTN), seramai 1,515 pelajar di seluruh negara dapat meneruskan pengajian mereka, seterusnya membuka peluang untuk bakat masa hadapan selain menyumbang kepada pembangunan modal insan jangka panjang Malaysia.

Kebajikan Pendidikan: Sejumlah RM3 juta telah diagihkan kepada 276 pelajar kurang berkemampuan dan 50 sekolah di bawah Program Sekolah Angkat TNB.

TNB Komuniti

Sumbangan khidmat Komuniti: Sebanyak RM2.5 juta telah disalurkan TNB kepada 93,000 penerima dalam bentuk bantuan makanan, acara komuniti dan program keagamaan.

Inisiatif Penjagaan Kesihatan: Kira-kira RM335,000 telah diperuntukkan TNB kepada program yang memberi manfaat kepada sekitar 2,710 individu. Ini termasuk pemberian peralatan kepada Hospital Rehabilitasi Cheras dan Hospital Pakar USM, sokongan pesakit di Hospital Sultan Zainal Abidin serta inisiatif oleh Pertubuhan Prihatin dan Sokongan Kanser Wanita dan Hari Kanser Sedunia 2025.

TNB Yaysan

Bantuan Bencana: RM541,250 telah disalurkan bagi membantu 3,156 individu yang terjejas akibat banjir dan ribut di beberapa negeri serta pelarian Palestin.

Pembangunan Sukan: Bagi memupuk kecemerlangan sukan negara, lebih RM4.8 juta telah disalurkan untuk pembangunan hoki. Sumbangan kepada Konfederasi Hoki Malaysia, klinik latihan dan penyediaan peralatan telah memberi impak kepada hampir 15,750 atlet dan peminat.

TNB Sukan

Pulau Tenaga Hijau (PTH): Pelaburan sebanyak RM360,513 telah disalurkan untuk pemasangan bumbung solar di SK Pulau Redang dan Masjid Kg Baru Pulau Redang yang memberi manfaat secara langsung kepada 723 individu. Inisiatif ini menyokong penggunaan tenaga yang lebih bersih di sekolah dan rumah ibadat, di samping memupuk kesedaran kelestarian dalam komuniti pulau tersebut.

Merakyatkan Solar: Sebanyak RM2.17 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan projek panel solar pada bumbung dan lampu jalan berkuasa solar di tapak komuniti berimpak tinggi termasuk hospital Anjung Kasih, rumah ibadat, kampung pulau, sekolah luar bandar serta hab pendidikan.

Tidak setakat itu, TNB pada Julai 2025 juga telah dinobatkan sebagai jenama utiliti kedua terkukuh di dunia, dan juga jenama utiliti nombor satu di ASEAN. Bergerak ke hadapan, pelbagai usaha-usaha ini adalah dalam usaha merangkumi kebolehpercayaan grid, peralihan kepada tenaga bersih, disiplin kewangan dan inisiatif berfokuskan komuniti, secara keseluruhannya.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link