Malaysia Oversight

Dakwaan UM cabuli autonomi mahasiswa tidak benar

By MkiniBM in August 28, 2025 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


PARLIMEN l Dakwaan bahawa Universiti Malaya (UM) mencabuli autonomi mahasiswa dengan mewajibkan kelulusan pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) dalam penganjuran aktiviti serta melantik pegawai penasihat bagi badan pelajar adalah tidak benar, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud.

Sebaliknya, beliau berkata semua universiti awam termasuk UM melantik pegawai penasihat sebagai mentor dan pemudah cara kepada badan pelajar bagi menyokong pelaksanaan inisiatif, tanpa mencabuli autonomi mahasiswa.

309d742929ade5e97df0fc82bba153b9
Mustapha Sakmud

“Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberikan jaminan kelulusan penganjuran program badan-badan pelajar adalah di bawah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan dalam konteks UM, Kesatuan Mahasiswa,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Chow Yu Hui (PH-Raub) berhubung isu campur tangan HEP UM yang didakwa mencabuli autonomi mahasiswa dengan melantik pegawai penasihat badan pelajar dan badan-badan pelajar dipaksa untuk mendapatkan kelulusan HEP bagi penganjuran aktiviti.

Mustapha berkata pelaksanaan agenda Pemerkasaan Mahasiswa Fasa Satu telah bermula pada Mac lepas, meliputi tiga inisiatif utama, iaitu pemilihan MPP sepenuhnya oleh pelajar, autonomi pengurusan pelajar dan pengukuhan literasi politik di dalam serta luar kampus.

Beliau berkata seiring dengan kuat kuasa Akta Universiti dan Kolej Universiti 2024 bermula pada 1 Okt 2024, kementerian kini melaksanakan Fasa Dua secara lebih progresif yang memberikan lebih banyak kuasa kepada mahasiswa, iaitu pengurusan kewangan, pengurusan kebajikan dan penjanaan pendapatan.

Hal ini termasuk badan pelajar dibenarkan membuka akaun bank, menerima dana luar dan mengurus kewangan aktiviti mereka; MPP atau kesatuan mahasiswa diberi kuasa mengurus dan mengagihkan peruntukan kebajikan; serta badan pelajar boleh menjana pendapatan sendiri.

– Bernama



Source link