Malaysia Oversight

Anwar turun padang dengar cadangan negeri

By MkiniBM in August 28, 2025 – Reading time 2 minute
Anwar turun padang dengar cadangan negeri


PARLIMEN l Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim berkata Madani mengambil kira keperluan pembangunan dicadangkan oleh negeri bagi mempersiapkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan Belanjawan 2026.

yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan Persekutuan melakukan pendekatan mengadakan siri perbincangan dengan kerajaan negeri bagi mendengar dan menilai cadangan yang dikemukakan.

“Bagi mempersiapkan RMK13 dan belanjawan, saya turun ke negeri-negeri, ‘ Turun’, tetapi ke negeri untuk mendengar dan kemudian atas permintaan Menteri Besar termasuk , Terengganu, Perlis dan Kedah, mereka cadangkan beberapa keutamaan.

“Itu kadang-kadang berbeza dengan keutamaan Persekutuan dan Kementerian Kewangan, tetapi saya ubah suai dan beri jaminan, satu dua keutamaan yang negeri pilih kita akan terima dan insya-Allah saya akan umumkan dalam belanjawan Oktober ini,” kata Anwar pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Jalaluddin Alias (-Jelebu) yang inginkan penjelasan sama ada perancangan projek pembangunan infrastruktur oleh kerajaan Persekutuan hanya tertumpu kepada negeri tertentu dan meminggirkan sebahagian yang lain.

Perdana Menteri turut memberikan contoh pembangunan pusat kanser di Sarawak yang pada awalnya tiada dalam perancangan kerajaan Persekutuan.

“Umpamanya kalau di Sarawak dicadangkan pusat kanser yang mulanya tiada dalam perancangan kita, tetapi Sarawak kata tidak apa, kita mulakan dengan RM1 bilion dan kerajaan Persekutuan akan bayar kemudian.

“Hal-hal seperti ini kita teruskan berdasarkan keutamaan yang ditetapkan oleh negeri, sama juga yang kita buat di Johor, dan negeri-negeri lain,” kata beliau.

Sementara itu, Anwar berkata kerajaan akan memastikan pengagihan kemudahan asas yang lebih adil di setiap negeri termasuk pembangunan sekolah dan kemudahan lain, selain isu kesalinghubungan digital.

Perdana Menteri berkata beliau bersetuju dengan peruntukan pembangunan di desa dan wilayah yang perlu disediakan dengan jumlah yang lebih bagi mengurangkan beban jurang ekonomi antara negeri.

“Kita juga teliti, umpamanya rancangan (Malaysia) Vision Valley yang sedang meningkat cepat serta beberapa program pelancongan di sekitar Port Dickson untuk merapatkan jurang (ekonomi),” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Jalaluddin mengenai langkah kerajaan untuk memastikan penyaluran pelaburan yang seimbang antara bandar dengan luar bandar sekali gus mengawal penghijrahan generasi muda ke kawasan bandar.

– Bernama



Source link