Samsung ‘Galaxy Forever’ – Masa Terbaik Untuk Naik-Taraf Telefon Anda Tanpa Rugi
Amy Maizuraa
Jika anda sedang mencari peluang terbaik untuk memiliki telefon yang bergaya dan dilengkapi dengan teknologi terkini, Samsung Malaysia kini memperkenalkan satu program eksklusif yang mungkin menjadi jawapan kepada keperluan anda.

Program ini dikenali sebagai ‘Galaxy Forever‘ dan direka khusus untuk memudahkan pengguna beralih kepada telefon boleh lipat generasi baharu seperti Galaxy Z Fold 7 dan Galaxy Z Flip 7 tanpa perlu merasa rugi.
Naik Taraf Tanpa Kompromi
Program Galaxy Forever oleh Samsung Malaysia menawarkan peluang eksklusif kepada pengguna sedia ada siri Galaxy untuk menikmati kelebihan tukar ganti peranti lama seperti Galaxy Z Flip, Flip5, Fold4, Fold 5 atau Fold6, dan menaik taraf kepada model terkini seperti Galaxy Z Fold 7 dan Galaxy Z Flip 7 dengan penjimatan yang amat berbaloi.

Anda juga berpeluang menikmati diskaun menarik bersama pelan ansuran selama 36 bulan tanpa faedah sekali gus menjadikan pemilikan peranti baharu lebih mampu milik. Lebih mengujakan, setiap pembelian Galaxy Z Fold 7 atau Galaxy Z Flip 7 melalui laman web rasmi Samsung Malaysia atau kedai fizikal terpilih melayakkan anda untuk menebus perlindungan Samsung Care+ selama tiga tahun.
Namun, tawaran eksklusif ini tertakluk kepada terma dan syarat, di mana hanya pengguna yang pernah memiliki peranti boleh lipat Samsung sebelum ini layak untuk menebus manfaat tersebut. Perlindungan ini merangkumi kerosakan tidak sengaja, sokongan teknikal, dan pembaikan peranti untuk memberikan anda ketenangan minda sepanjang tempoh penggunaan.
Proses penebusan juga sangat mudah. Anda hanya perlu membuka aplikasi Samsung Members dalam telefon baru anda, klik pada banner promosi yang tertera, dan pilih pilihan ‘Redeem Now’. Pastikan anda log masuk menggunakan akaun Samsung yang sama dan aktifkan tawaran tersebut dalam masa 30 hari dari tarikh pembelian untuk memastikan anda tidak terlepas manfaat eksklusif ini.
Dengan perlindungan Samsung Care+ selama tiga tahun, anda bukan sahaja memiliki peranti yang canggih tetapi juga dilindungi sepenuhnya untuk jangka masa panjang. Ini adalah satu lagi sebab mengapa Galaxy Z Fold 7 dan Z Flip 7 merupakan pilihan terbaik untuk pengguna yang mementingkan nilai, gaya dan perlindungan jangka panjang.
Apa Bestnya Galaxy Z Fold7 & Z Flip7?
Mengapa Galaxy Z Fold 7 dan Galaxy Z Flip 7 menjadi pilihan utama pengguna moden? Jawapannya terletak pada gabungan reka bentuk yang elegan, teknologi terkini dan fungsi pintar yang meningkatkan produktiviti harian anda. Kedua-dua model ini menyokong kemampuan multi-tugas yang membolehkan anda membuka sehingga tiga aplikasi serentak.

Anda boleh bekerja sambil menonton video dan melayari media sosial tanpa perlu menukar skrin lantas menjadikan pengalaman penggunaan lebih efisien.
Lebih menarik lagi, dengan ciri Flex Mode yang serba bijak, anda boleh mengambil gambar atau membuat panggilan video tanpa perlu memegang telefon. Letak saja peranti di atas meja, dan biarkan teknologi buat kerja untuk anda.

Paparan Galaxy Z Fold 7 dan Galaxy Z Flip 7 menggunakan teknologi Dynamic AMOLED 2X yang menawarkan visual terang dan memukau. Sama ada anda menonton filem, bermain permua atau menyunting gambar, setiap butiran di skrin kelihatan jelas, hidup dan penuh warna.
Dari segi kamera, kedua-dua peranti dilengkapi dengan sistem pengimejan berkualiti tinggi yang mampu menghasilkan gambar dan video yang penuh warna. Ia direka untuk memenuhi keperluan pengguna yang mementingkan fotografi mudah alih, sama ada untuk kegunaan harian, kandungan media sosial atau rakaman kreatif.

Kenapa Tunggu Lagi?
Program Galaxy Forever sedang berlangsung sehingga 30 September 2025 dan pendaftaran telah dibuka sejak 9 Julai lalu. Anda masih mempunyai masa untuk membuat keputusan namun amat digalakkan untuk bertindak segera kerana promosi ini ditawarkan secara terhad dan eksklusif kepada pengguna Samsung.
Inilah peluang terbaik untuk anda menaik taraf kepada Galaxy Z Fold7 atau Galaxy Z Flip7 sambil menikmati penjimatan hebat dan perlindungan premium melalui Samsung Care+. Bila lagi anda boleh naik taraf tanpa rasa rugi?
Jika anda bukan pengguna Samsung, jangan risau. Terdapat juga tawaran yang boleh dipertimbangkan oleh semua pengguna bergantung kepada syarat dan ketersediaan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Samsung Malaysia.
Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.