Setev Shaariibuu, bapa kepada warga Mongolia Altantuya Shaariibuu yang dibunuh, telah memfailkan permohonan semakan kehakiman di mahkamah.
Ini antara lain, bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya pihak berkuasa menyiasat – atau melengkapkan siasatan – berhubung kandungan afidavit tambahan bekas pegawai polis, Azilah Hadri.
Afidavit bertarikh 24 Sept 2024 itu menggabungkan satu akuan berkanun bertarikh 17 Okt 2019, dengan Azilah mendakwa dia bertindak di bawah arahan jelas.
Azilah, salah seorang daripada dua bekas pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) yang disabitkan kesalahan membunuh Altantuya bergantung kepada afidavit tambahan itu.

Akuan bersumpah itu antara dokumen lain yang dikemukakan dalam rayuan Azilah di Mahkamah Persekutuan untuk meringankan hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya.
Peguam Setev, Sangeet Kaur Deo pada kenyataan pagi ini mengesahkan permohonan semakan kehakiman tersebut telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
[Berita penuh menyusul]






