Microsoft Copilot Kini Boleh Digunakan Pada TV dan Monitor Pintar Samsung
Effi Saharudin
TV dan monitor pintar Tizen OS Samsung kini menerima satu lagi pembantu maya selain Bixby. Bermula hari ini pembantu maya Microsoft Copilot boleh dimuat turun dan digunakan. Dari segi ciri, ia sama seperti yang kini boleh dinikmati menerusi Bixby. Pengguna boleh bertanyakan soalan mengenai cuaca, kandungan yang ingin ditonton, fakta mengenai pelakon dan banyak lagi.

Ia turut diintegrasikan ke dalam ciri Samsung Daily+ dan Click to Search. Perbualan yang lebih kompleks kini boleh dilakukan dengan TV serta monitor pintar Samsung. Pada waktu ini Microsoft Copilot hanya disokong pada model TV dan monitor pintar yang dilancarkan pada tahun ini sahaja seperti QN-990F dan QN900F yang sudahpun dilancarkan di Malaysia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.