Malaysia Oversight

Samsung Mengadakan Acara Unpacked Pada 4 September

By Amanz in August 28, 2025 – Reading time 1 minute
Samsung Mengadakan Acara Unpacked Pada 4 September


Samsung Mengadakan Acara Unpacked Pada 4 September

August 28, 2025
Samsung

Effi Saharudin

Samsung akan mengadakan acara Unpacked pada 4 September depan dengan ia bertindan degan acara IFA yang berlangsung di Berlin, Jerman. Di acara ini Samsung dijangka akan melancarkan Samsung Galaxy S25 FE, Samsung Galaxy Tab S10 Lite dan juga Buds3 FE secara rasmi. Dua daripada tiga peranti ini sudahpun diumumkan tetapi belum dijual.

Samsung Galaxy Unpacked Sept 2025

Acara berlangsung hanya beberapa hari sebelum acara melancarkan siri 17. Terdapat juga ura-ura rekaan cermin mata pintar dan set kepala realiti bercampur (MR) mungkin akan dipertontonkan pada acara Unpacked ini sebelum pelancaran sebenar.

Samsung kini gemar melakukan pratonton skala kecil produk mereka yang seterusnya. Bagi yang ingin menonton acara ini, ia akan ditayangkan di saluran YouTube mereka dan Samsung.com.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link