Malaysia Oversight

Ustaz Yusri janji galas tugas sebaik mungkin

By MkiniBM in April 27, 2025 – Reading time 1 minute
Ustaz Yusri janji galas tugas sebaik mungkin


Dr Mohamad Yusri Bakir berjanji menggalas tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri () Ayer Kuning sebaik mungkin dan bertekad melaksanakan segala tawaran yang telah dikemukakan dalam manifesto beliau.

Mohamad Yusri, yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning semalam berkata keutamaan beliau kini adalah memastikan manifestonya diusaha dan dilaksanakan demi kebaikan penduduk di DUN tersebut.

“Insya-Allah, apa yang kita tekadkan dan tawarkan dalam manifesto itu kita akan usahakan sehingga mencapai tahap yang baik untuk keselesaan serta kebaikan penduduk di kawasan DUN Ayer Kuning,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman rasmi keputusan PRK berkenaan di Dewan Merdeka di Tapah malam tadi.

Dikenali sebagai Ustaz Yusri, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua jentera yang bertungkus lumus untuk memberi kemenangan kepada Barisan Nasional ().

Mohamad Yusri juga merancang untuk menyantuni penduduk di kampung halaman beliau di Kampung Tersusun Haji Tahir, Temoh di Tapah pagi ini.

Setiausaha Bahagian Tapah itu menang dengan majoriti 5,006 undi selepas meraih 11,065 undi menewaskan Abd Muhaimin Malek daripada Perikatan Nasional yang memperoleh 6,059 undi dan calon Parti Sosialis Malaysia Bawani KS (1,106 undi).

– Bernama



Source link