Malaysia Oversight

Selangor rangka mekanisme mudahkan murid lapor kes buli

By MkiniBM in August 27, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


akan merangka mekanisme khas bagi memudahkan kanak-kanak melaporkan sebarang kejadian berunsur buli, kata Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari.

Anfaal berkata inisiatif itu bertujuan membuka ruang kepada generasi muda terutamanya pelajar sekolah berasrama menyalurkan maklumat sekiranya dibuli, sekali gus membendung budaya itu daripada terus berleluasa.

“Segelintir kanak-kanak mungkin berasa tidak selesa atau takut untuk bersuara dan bercerita kepada sesiapa. Justeru, mekanisme khas ini akan memudahkan mereka melaporkan kejadian buli yang dihadapi.

“Kita berharap usaha ini dapat mengekang budaya buli daripada terus berleluasa dan mengelak perkara lebih buruk berlaku pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Anfaal juga menyarankan ibu bapa atau penjaga agar segera melaporkan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) sekiranya mempunyai maklumat mengenai anak atau kanak-kanak di bawah jagaan mereka menjadi mangsa buli.

89f63034810fc1e9cd8824e97b79b9b6
Anfaal Saari

Dia berkata laporan turut boleh dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya tindakan drastik dapat dilaksanakan.

β€œIni penting supaya semua laporan dicatatkan dan adanya tindakan segera. Saya rasa langkah pencegahan lebih penting untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Baru-baru ini, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memaklumkan KPM sedang menggubal semula peraturan pendidikan berkaitan disiplin murid di bawah Akta Pendidikan 1996 bagi mengekang isu jenayah buli di sekolah bertujuan memberikan panduan lebih jelas kepada guru untuk menguruskan kes salah laku disiplin.

-Bernama



Source link