Malaysia Oversight

‘Kalau tak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua’

By MkiniBM in August 27, 2025 – Reading time 3 minute
'Kalau tak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua'


PARLIMEN | Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) menggesa mengambil langkah segera untuk mengetatkan peraturan berkaitan , dan memberi peringatan bahawa penangguhan berpanjangan atas alasan undang-undang hanya akan memburukkan lagi risiko kesihatan awam.

Berbahas mengenai laporan yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Parlimen berhubung isu berkaitan , Wan Saiful berkata Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad sebelum ini menyuarakan kebimbangan larangan menyeluruh boleh menyebabkan berdepan tindakan undang-undang daripada pemain industri.

“Ia kebimbangan yang mungkin ada benarnya, tapi janganlah kebimbangan itu menjadi sebab untuk tiada apa-apa tindakan langsung diambil oleh .

“Kalau kita tidak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua. Don’t let perfection be the enemy of the good,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Wan Saiful mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan langkah yang boleh dilaksanakan segera, bermula dengan menaikkan cukai dalam Belanjawan 2026.

“Hari ini, cukai yang dikenakan kepada vape adalah 40 sen per millimeter. Maksudnya 80 sen untuk dua milimeter, sama kandungan nikotin dengan sekotak rokok. Namun sekotak rokok dicukai RM8. 

“Kenapa satu (dicukai) 80 sen, satu lagi RM8. Ini jurang yang terlalu besar,” katanya.

ca13297744155efb81456f75258dfb41

Dia mencadangkan kadar cukai disandarkan kepada kandungan nikotin dalam rokok dan dinaikkan setiap tahun mengikut “kalendar cukai”, dengan kenaikan tiga hingga empat peratus setahun.

“Maka rakyat akan tahu dalam 10 tahun, harga rokok dan vape akan naik. Ini mungkin boleh mencegah orang daripada mula menghisap vape,” katanya lagi.

Wan Saiful turut mempersoalkan mengapa vape tidak mempunyai harga runcit minimum, sedangkan rokok ditetapkan pada RM12.

“Di kawasan saya, cikgu beritahu masalah utama adalah penggunaan vape di kalangan murid. Kalau kita kenakan cukai sesuai yang dipadankan dengan kandungan nikotin dan naikkan juga harga minimum vape selari dengan rokok, baru kerajaan tunjuk sikap tegas untuk mengawal penggunaan vape,” katanya.

Wan Saiful turut menekankan agar penguatkuasaan undang-undang sedia ada di bawah Akta 852 diperketatkan, memandangkan wujud produk tidak berdaftar, promosi secara terbuka dan penjualan kepada remaja.

Dia membangkitkan “sistem tangki terbuka” yang menurutnya amat berbahaya, seperti yang ditunjukkan oleh Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) di Dewan Rakyat, kerana membolehkan nikotin dicampur dengan bahan lain.

Terdahulu, Suhaizan selaku pengerusi Jawatankuasa Kesihatan memetik statistik daripada Tinjauan Tembakau Dewasa Global 2023 yang menunjukkan 1.4 juta orang dewasa di Malaysia menggunakan rokok elektronik.

Dia juga memetik Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2022 oleh Kementerian Kesihatan yang merekodkan 370,000 pelajar berusia 13–17 tahun sebagai pengguna.

“Selain itu, kes keracunan meningkat lima kali ganda sejak 2019, dengan 41 peratus kes melibatkan remaja.

“Vape juga semakin disalahgunakan untuk mengedar dan mengambil dadah terlarang seperti kanabis dan ketamin.

“Dari awal 2024 hingga Mac 2025, 96 kertas siasatan dibuka dengan 70 peratus daripadanya mengandungi unsur berkaitan dadah,” kata Suhaizan.

‘Cukai vape masih terlalu kecil’

Merujuk kepada angka Kementerian Kewangan, Wan Saiful berkata kutipan cukai vape antara 2021 dan Julai 2025 berjumlah RM288.45 juta – hanya 1.9 peratus daripada RM15.02 bilion yang dikutip daripada rokok dalam tempoh sama.

Dia meminta jurang tersebut dikurangkan atau sama antara vape dan rokok.

Dia turut mengakui kebimbangan mengenai pasaran gelap tetapi menegaskan penguatkuasaan mesti diperketatkan jika kerajaan berhasrat melaksanakan larangan ke atas vape.

“Kalau dua kotak (rokok yang dijual), sekotak adalah rokok seludup…Takkan kita nak tengok vape (jadi) macam itu?

“Kalau vape diharamkan dan tiada penguatkuasaan tegas, maka lagi bahaya kalau kita haramkan sekarang. Maka kerajaan jangan hilang fokus, obsesi kita kepada pengharaman sehingga tak mahu buat apa-apa sekarang,” katanya lagi.


Laporan oleh Alyaa Alhadjri, Hariz Mohd, Zarrah Morden, N Faizal Ghazali



Source link