Malaysia Oversight

Realme Perkenalkan Telefon Konsep Dengan Bateri 15,000mAh Dan Sistem Penyejukan Seakan Penyaman Udara

By Amanz in August 27, 2025 – Reading time 2 minute
Realme Perkenalkan Telefon Konsep Dengan Bateri 15,000mAh Dan Sistem Penyejukan Seakan Penyaman Udara


Realme Perkenalkan Telefon Konsep Dengan Bateri 15,000mAh Dan Sistem Penyejukan Seakan Penyaman Udara

August 27, 2025
Realme

Amy Maizuraa

Realme hari ini mengumumkan dua inovasi terbaharu dalam dunia telefon pintar iaitu sistem penyejukan AC-Inspired Cooling System dan bateri besar 15000mAh. Kedua-dua teknologi ini diperkenalkan melalui peranti konsep yang masih dalam fasa pembangunan dan belum sedia untuk dipasarkan dalam masa terdekat.

15000mAh KV

Teknologi bateri 15,000mAh yang diperkenalkan oleh realme menjadikan peranti konsep ini antara telefon dengan kapasiti bateri terbesar pernah diumumkan.

Ia menggunakan teknologi anode silikon berketumpatan tinggi bagi membolehkan tenaga disimpan dalam ruang yang padat tanpa menjejaskan saiz peranti.

Bateri ini menawarkan ketumpatan tenaga sehingga 1200 Wh/L menjadikannya yang tertinggi dalam industri telefon pintar.

Dengan kapasiti ini, pengguna boleh merakam video selama 18 jam, menonton sehingga 50 jam dan menikmati penggunaan biasa lebih lima hari dengan sekali pengecasan.

Prestasi bateri ini turut disokong oleh sistem pengurusan kuasa pintar. Ia berfungsi dengan melaras kadar segar semula skrin dan mengawal aplikasi latar belakang secara automatik bagi memastikan penggunaan tenaga lebih cekap dan tahan lama.

15000mAh 1

Walaupun spesifikasi pengecasan pantas belum diumumkan, peranti dijangka menyokong pengecasan pantas berkuasa tinggi seperti 65W atau lebih. Sokongan ini penting untuk mempercepatkan proses pengecasan memandangkan kapasiti baterinya yang besar.

Untuk keselamatan, realme dijangka menyertakan sistem perlindungan berlapis seperti kawalan suhu, pencegahan pengecasan berlebihan dan perlindungan litar pintas.

Chill Fan Phone KV

Seterusnya, telefon konsep realme dilengkapi dengan sistem penyejukan canggih yang meniru konsep penyaman udara dikenali sebagai AC-Inspired Cooling System.

Ia menggabungkan kipas kecil terbina bersama teknologi Thermoelectric Cooler (TEC) iaitu teknologi yang lazimnya digunakan dalam peranti penyejukan industri tetapi kini dimuatkan terus ke dalam telefon pintar. Sistem ini direka untuk mengalirkan haba dengan cepat dari cip pemproses dan bateri.

Bagi memastikan keberkesanan, sistem ini menggunakan saluran penyejukan khas yang mampu menurunkan suhu peranti sehingga 6°C. Penurunan suhu ini sangat penting terutamanya semasa penggunaan intensif seperti bermain permua.

Selain itu, teknologi ini turut dilengkapi dengan pengurusan haba pintar yang hanya aktif apabila diperlukan. Ini bukan sahaja menjimatkan tenaga malah membantu mengurangkan bunyi kipas semasa peranti digunakan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link