Malaysia Oversight

Framework Memperkenalkan Perkakasan Pengecasan 240W Melalui Sambungan USB Type-C

By Amanz in August 27, 2025 – Reading time 2 minute
Framework Memperkenalkan Perkakasan Pengecasan 240W Melalui Sambungan USB Type-C


Framework Memperkenalkan Perkakasan Pengecasan 240W Melalui Sambungan USB Type-C

August 27, 2025
Perkakasan

Nazrin

Framework ialah sebuah jenama pembuat komputer riba dari Amerika Syarikat yang dikenali untuk rekaan rangka peranti yang boleh diubahsuai mengikut keperluan dan suka hati pelanggan mereka.

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa jenama komputer riba tersebut telah memperkenalkan sebuah perkakasan pengecasan komputer riba yang mampu menawarkan pengecasan setinggi 240W melalui sambungan kabel USB Type-C dan menggunakan sel bateri dengan teknologi galium nitrida ataupun GaN (Galium Nitride).

Untuk mereka yang membeli komputer riba Framework 16 yang hadir dengan modul kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5070, ataupun mahu menaiktaraf penawaran kad grafik komputer riba tersebut ke model tersebut, Framework juga telah membuka pra-tempahan untuk alat pengecasan 240W melalui USB tersebut, pada harga $109.

image 91

Perkakasan ini terdiri daripada bongkah kuasa GaN yang bersambung dengan kabel palam kuasa , kabel USB Type-C dengan sokongan bekalan elektrik 5V-48V dan kabel USB Type-C 240W Power Delivery dengan panjang 2 meter.

Ini membolehkan pengguna untuk membuang palam barrel jack yang secara lazimnya digunakan untuk membekalkan kuasa elektrik khususnya kepada komputer riba yang menggunakan komponen berkuasa tinggi.

Pembelian komputer riba Framework 16 sebelum ini sudahpun membekalkan pengguna dengan pengecas 180W yang secara teknikalnya cukup berkuasa untuk menggerakkan kedua-dua modul kad grafik AMD Radeon RX 7700S dan NVIDIA GeForce RTX 5070 yang terbaru, tetapi Framework kini memberi pilihan kepada pengguna untuk membeli pilihan bekalan kuasa elektrik yang lebih tinggi ini.

Framework mengatakan lagi bahawa modul kad grafik NVIDIA tersebut hadir dengan palam pengecasan 240W ini, dan mengatakan bahawa ia adalah bergantung kepada pilihan pengguna samada mereka mahu menggunakannya ataupun tidak.

Framework

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link