Malaysia Oversight

Sony INZONE H9 II Disenaraikan Di Malaysia Dengan Harga RM1499

By Amanz in August 27, 2025 – Reading time 1 minute
Sony INZONE H9 II Disenaraikan Di Malaysia Dengan Harga RM1499


Sony dilihat mula menyenaraikan fon kepala nirwayar terbaharu INZONE H9 II di laman rasmi mereka dengan harga RM1499. Turut disenaraikan ialah fon telinga berwayar INZONE E9 pada harga RM599. Meskipun tarikh pelancaran rasmi masih belum diumumkan, kedua-dua produk dijangka tersedia dalam masa terdekat ini.

sony 1

Sony INZONE H9 II dilengkapi pemacu audio seperti WH-1000XM6, menyokong 7.1 Surround Sound dan 360 Reality Audio untuk pengalaman imersif. Ia hadir dengan ANC, mod telus, dan profil bunyi khas untuk Valorant serta Apex Legends.

Sambungan tersedia melalui Bluetooth, 2.4GHz, dan kabel 3.5mm. Baterinya mampu bertahan sehingga 30 jam di samping mempunyai  kawalan audio terus pada pad telinga untuk memudahkan penggunaan.

Sony Inzone H9 II D
Sony INZONE H9 II

Sony INZONE E9 ialah fon telinga berwayar dengan rekaan in-ear yang ditawarkan dalam warna putih dan hitam. Ia menggunakan pemacu audio berkualiti tinggi, dengan kabel Y sepanjang 1.8 meter yang boleh ditanggalkan dan palam stereo berbentuk L bersalut emas.

Sony INZONE E9 1 edited scaled
Sony INZONE E9

Beratnya hanya 4.7 gram tanpa kabel. Profil bunyi boleh dilaraskan melalui aplikasi INZONE Hub di PC. Fon telinga ini turut dibangunkan bersama pasukan Fnatic untuk prestasi audio yang lebih tepat dalam permua.



Source link