Google Translate Kini Mempunyai Ciri Belajar Bahasa Seperti Duolingo
Effi Saharudin
Google Translate boleh digunakan untuk mempelajari baharu baharu. Ciri yang diumumkan hari ini membolehkan pengguna bahasa Inggeris mempelajari bahasa Sepanyol dan Perancis. Pada waktu yang sama pengguna berbahasa Sepanyol dan Perancis pula boleh mempelajari bahasa Inggeris.
Terdapat butang “practice” dalam aplikasi untuk mencubanya hari ini. Terdapat pilihan untuk mempelajari frasa lazim untuk melakukan beli belah dengan kefahaman diuji dengan mendengar audio dimainkan atau menguji sebutan bahasa yang sedang dipelajari. Pengguna boleh mengakses ciri ini dalam aplikasi Android dan iOS bermula minggu depan.
Selain itu, Google Translate juga kini mempunyai ciri untuk melakukan alih bahasa secara masa nyata menerusi Live Translate. Ia menyokong 70 bahasa utama dunia seperti Arab, Korea, Perancis,Thai dan Melayu. Dengan bantuan kecerdasan buatan, Live Translate masih boleh memahami perbualan pengguna walaupun di persekitaran yang bising.
Ciri Live Translate boleh diakses pengguna aplikasi Translate di Android dan iOS di negara India, Mexico serta Amerika Syarikat hari ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.