Malaysia Oversight

Pelancaran SpaceX Starship Kesepuluh Akhirnya Berjaya Menghantar Satelit Ke Orbit

By Amanz in August 27, 2025 – Reading time 1 minute
Pelancaran SpaceX Starship Kesepuluh Akhirnya Berjaya Menghantar Satelit Ke Orbit


Pelancaran SpaceX Starship Kesepuluh Akhirnya Berjaya Menghantar Satelit Ke Orbit

August 27, 2025
Aeronautik

Effi Saharudin

Misi ke-10 ujian kapal angkasa SpaceX Starship akhirnya berjaya memenuhi keperluan misi selepas tiga misi yang dilancarkan tahun ini berakhir dengan ianya meletup. Dalam pelancaran yang dilakukan pada jam 730 pagi tadi, Starship membawa kargo lapan satelit dami Starlink menggunakan sebuah roket Super Heavy.

SpaceX Starhip 10 A

Pelancaran misi ujian ke-10 ini sudah ditangguh sebanyak dua kali kerana cuaca tidak sesuai dan isu teknikal sebelum pelancaran. Kali ini Starship berjaya dilancarkan ke orbit sementara Super Heavy kemudiannya mendarat semula ke bumi di atas permukaan Teluk Mexico. Starship meneruskan misi dan melancarkan lapan satelit olok-olok Starlink ke orbit.

SpaceX Starhip 10 B

Antara misi yang akan dilakukan Stargship apabila ia beroperasi kelak ialah melancarkan sehingga 60 satelit Starlink bagi keperluan perkhidmatan internet. Roket Falcon 9 yang digunakan pada ketika ini hanya boleh membawa sehingga 29 satelit sahaja dalam setiap pelancaran.

Selepas itu ia melakukan perjalanan untuk kembali ke bumi dengan ia akhirnya melakukan pendaratan terkawal di atas permukaan Lautan Hindi sekitar 67 minit selepas dilancarkan tari Starbase, Texas. Sungguhpun misi ini berjaya, masih wujud beberapa isu dengan jubin haba dan komponen Starship tertanggal semasa memasuki atmosfera bumi.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link