Gemini 2.5 Flash Dilancarkan – Jana Imej Lebih Konsisten Dengan Gambar Rujukan
Effi Saharudin
Kecerdasan buatan (AI) generatif mempunyai isu menjana imej dengan konsisten. Satu prom yang sama menghasilkan iterasi yang berbeza membuatkan proses memperhalusi gambar menjadi sukar. Hari ini Google melancarkan Gemini 2.5 Flash yang menjana imej lebih konsisten kerana terdapat ciri gambar rujukan.

Sebagai contoh jika pengguna ingin menjana imej dengan wajah mereka, gambar rujukan foto sendiri boleh diberikan kepada Gemini 2.5 Flash. Hasilnya ialah imej janaan dengan gambar mereka sendiri dan bukan lagi karikatur yang tidak dikenali seperti pada model AI generatif lain.

Selain gambar peribadi, gambar latar belakang dan objek yang ingin digunakan juga boleh diberikan kepada Gemini 2.5 Flash. Dalam demo, pengguna boleh meletakkan objek lampu di dalam gambar latar dengan lokasi di mana lampu diletakkan boleh ditetapkan sendiri oleh pengguna.
Gemini 2.5 Flash turut berkemampuan melakukan suntingan gambar lebih naik. Misalnya menukar warna baju, gaya baju atau membuang kotoran pada baju yang dipakai. Gaya tubuh dalam gambar, objek latar dan warna gambar turut boleh diubah.
Model terkini ini boleh diakses menggunakan Gemini API dan Google AI Studio untuk pembangun dan Vertex AI untuk perniagaan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.