Spotify Perkenal Ciri Permesejan – Memudahkan Anda Berinteraksi Dengan Rakan-Rakan
Aman
Spotify hari ini mengumumkan pengenalan ciri permesejan bersama rakan-rakan melalui aplikasi mereka, sekaligus menjadikan pengguna boleh berinteraksi dan bersosial, termasuk berkongsi muzik atau podsiar antara satu sama lain.

Spotify menamakan ciri ini sebagai Messages, dan ia telah mula ditawarkan kepada pengguna percuma dan juga Spotify Premium dibeberapa pasaran terlebih dahulu. Pengguna boleh memulakan perbualan dengan mudah bersama rakan-rakan yang anda pernah berkongsi kandungan, selain Spotify sendiri akan cadangkan pengguna lain berdasarkan kepada perkongsian pelan, dan lain-lain aktiviti yang pernah dilakukan melalui Spotify sebelum ini.
Spotify turut mengalakkan pengguna turut berkongsi berkenaan kandungan Spotify melalui aplikasi lain seperti WhatsApp, Instagram, Facebook dan sebagainya – serta mengatakan ciri Spotify Messages ini hanya pelengkap dan bukan pengganti untuknya.
Ciri ini diperkenalkan secara berperingkat untuk pengguna di sejumlah pasaran terpilih.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.