Malaysia Oversight

TH Plantations pecat CEO atas sebab ‘salah laku’

By MkiniBM in August 26, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


TH Plantations Berhad telah memecat ketua pegawai eksekutifnya, Mohamed Zainurin Mohamed Zain atas sebab “salah laku”.

“Surat penamatan telah diberikan kepadanya hari ini,” kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Zainurin dilantik menjadi CEO TH Plantations Berhad pada 1 Okt 2021.

Dalam pemakluman berasingan, syarikat itu menyebut “salah laku” sebagai sebab pemecatan namun tidak memperincikannya. Bagaimanapun, tindakan itu dibuat susulan makluman kepada Bursa pada 18 Julai lalu.

Dalam makluman tersebut, syarikat itu menyatakan Zainurin telah diberikan surat tunjuk sebab dan diarahkan bercuti (garden leave), berkaitan “dakwaan pembayaran tidak diluluskan berjumlah RM5.1 juta kepada pekerja ladang”.

Pada masa itu, syarikat itu turut mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Marliyana Omar juga diberikan surat tunjuk sebab, namun dia memilih untuk meletakkan jawatan serta-merta.

[Baca berita asal]



Source link