Malaysia Oversight

Pelajar jatuh asrama tiga tingkat, polis mula siasatan

By MkiniBM in August 26, 2025 – Reading time 2 minute
Pelajar jatuh asrama tiga tingkat, polis mula siasatan


Polis memulakan siasatan berhubung insiden seorang pelajar lelaki tingkatan 3 yang jatuh dari tingkat tiga sebuah sekolah berasrama di Sabak Bernam, .

Ketua Polis , Shazeli Kahar, berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

“Siasatan akan dijalankan dari pelbagai sudut termasuk aspek keselamatan pelajar, pengurusan asrama serta latar belakang sosial mangsa dan rakan rakan sekelilingnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

a954e3ff2912a018982df365d78dd49a
Shazeli Kahar

Shazeli berkata, ketika ini polis sedang mengumpulkan keterangan daripada saksi dan individu berkaitan.

Akhbar Sinar Harian, melaporkan seorang pelajar tingkatan tiga kini dalam keadaan kritikal selepas disyaki menjadi mangsa buli di asrama.

Kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 2 pagi tadi, dan seorang waris membuat laporan polis di balai Sabak Bernam pada jam 5 pagi.

Waris itu turut menegur pihak sekolah kerana didakwa hanya memaklumkan kepada keluarga beberapa jam selepas kejadian.

“Kami hanya dimaklumkan pada jam 4 pagi, sedangkan kejadian berlaku sekitar jam 2 pagi,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pengetua, penolong kanan hal ehwal murid serta semua warden sekolah itu kini ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sehingga proses siasatan selesai.

56df70f4d1ef5f20b3be26770a0d6ea5
Fadhlina Sidek

Fadhlina berkata, pihak kementerian akan menjalankan siasatan dalaman bagi meneliti semua aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekolah dan dia akan memastikan siasatan dijalankan secara terperinci dalam semua aspek berkaitan termasuk dakwaan buli.

“Saya mendoakan supaya anakanda diberi kesembuhan segera dan keluarga diberikan kesabaran dalam menghadapi ujian ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bulan lalu, seorang pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I pada 17 Julai 2025.

Dia dikejarkan ke hospital selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah agamanya di Papar kira-kira jam 4 pagi, sehari sebelumnya.

3a3dd302ccff897a00adf3ee8b806347
Zara Qairina Mahathir

Bagaimanapun, keluarga Zara mengesyaki wujud unsur jenayah dan menuntut mayatnya digali semula untuk mengenal pasti punca kematian, dengan alasan tiada bedah siasat dijalankan sebelum pengebumian.

Susulan desakan awam, Pejabat Peguam Negara mengarahkan polis menggali semula mayat Zara untuk dibedah siasat.

Polis juga merampas beberapa barangan, termasuk pakaian Zara, diarinya, dan telefon bimbit milik ibunya, Noraidah Lamat, yang didakwa mengandungi rakaman audio Zara menamakan individu yang membulinya.

Kematian Zara mencetuskan bantahan di beberapa kawasan di Sabah, sekali gus mendorong ramai ahli politik menggesa tindakan lebih tegas terhadap kes buli.



Source link