CIMB Menamatkan Ciri Pemakluman Transaksi Kepada Penerima Melalui SMS
August 26, 2025
Kewangan
Aman
CIMB kini memaklumkan para pengguna, mereka akan menamatkan sokongan pemakluman transaksi kepada penerima melalui SMS, berkuat-kuasa 1 September 2025.

Dengan perubahan ini, selepas tarikh berkenaan, pengguna tidak lagi boleh melakukan pemilihan pemakluman transaksi menggunakan SMS. Sebaliknya, pengguna hanya boleh memaklumkan kepada penerima melalui emel.
Perubahan ini akan dilaksanakan pada perkhidmatan web CIMB Clicks dan juga aplikasi CIMB OCTO.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.