Malaysia Oversight

Akhbar Jepun Memfailkan Saman Ke Atas Perplexity Kerana Pelanggaran Hak Cipta

By Amanz in August 26, 2025 – Reading time 1 minute
Akhbar Jepun Memfailkan Saman Ke Atas Perplexity Kerana Pelanggaran Hak Cipta



Perplexity MacOS

Akhbar Jepun Memfailkan Saman Ke Atas Perplexity Kerana Pelanggaran Hak Cipta

August 26, 2025
Kecerdasan Buatan

Aman

Akhbar Jepun terdiri daripada Nikkei dan Asahi Shimbun kini telah memfailkan saman ke atas firma kecerdasan buatan Perplexity, kerana firma berkenaan melanggar hak cipta dan menggunakan kandungan mereka pada penawaran model kecerdasan buatan.

Kedua-dua akhbar berkenaan mengatakan Perplexity menghimpunkan dan menggunakan artikel serta kandungan mereka tanpa kebenaran. Ini juga dilihat antara kali terawal penerbit di Jepun mengambil langkah dalam memfailkan saman ke atas penyedia perkhidmatan kecerdasan buatan.

Mengikut saman yang difailkan, ia dikatakan Perplexity telah melanggar had teknikal yang dibenarkan atas penggunaan kandungan, sekaligus mengakses pelayan Nikkei dalam menghimpunkan artikel. Ia juga kemudiannya menghasilkan rumusan dan mengedarkannya, sekaligus melanggar akta hak cipta di Jepun.

Tidak setakat itu, Perplexity juga dikatakan tidak menawarkan rumusan yang tepat. Ini sekaligus memberikan kesan buruk kepada nama kedua-dua akhbar berkenaan, apabila rumusan berkenaan turut diletakkan sumber kepada Nikkei atau Asahi.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link