Donald Trump Ingin Melabur Pada Lebih Banyak Syarikat Amerika
Aman
Lanjutan daripada mendapatkan pegangan sebanyak 10% pada Intel, kini Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengatakan beliau inginkan lebih banyak pelaburan pada syarikat-syarikat di Amerika.
Langkah ini dilihat akan meliputi pelbagai sektor dan bukan terhad kepada pasaran teknologi sahaja. Apa pun, perkara ini dikatakan membimbangkan komuniti usahawan dan perniagaan di negara tersebut.
Intel sendiri memaklumkan perniagaan mereka mempunyai risiko terhadap permintaan oleh kerajaan luar, memandangkan terdapatnya keterlibatan kerajaan Amerika dalam syarikat. Langkah ini juga dikatakan akan menyukarkan proses menerima geran.
Dengan perkembangan baharu ini, mungkinkah kita akan melihat lebih banyak syarikat memberikan ekuiti mereka kepada pihak kerajaan Amerika?
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.