Google Mungkin Guna HTC Untuk Pengeluaran Kaca Mata Pintar AI
Aman
Google kini dilaporkan telah selesai dalam pembangunan kaca mata pintar dikuasakan kecerdasan buatan mereka tersendiri, dan kini dalam fasa untuk mencari pengeluar untuknya. Mengikut desas-desus awal, Google dijangka melakukan pengeluaran kaca mata pintar berkenaan di Taiwan.
Dua nama yang disebut adalah Quanta yang sedia terkenal untuk pengeluaran elektronik, dan juga HTC. Untuk makluman, pihak HTC dan Google sedia bekerjasama rapat sebelum ini, malah HTC telah menjual bahagian telefon pintar mereka kepada Google.

HTC sendiri baru-baru ini telah melancarkan kaca mata pintar dikuasakan kecerdasan buatan mereka tersendiri, sekaligus memperlihatkan keupayaan mereka dalam arena tersebut.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi siapakah yang akan Google pilih untuk pengeluaran kaca mata pintar mereka. Sekiranya HTC dipilih, mungkin ini akan memberikan lebih pendapatan kepada HTC yang kian hilang di pasaran dari hari ke hari.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.