Intel Mengatakan Pegangan Saham Oleh Amerika Mungkin Menjejaskan Jualan Antarabangsa
Aman
Intel kini memaklumkan yang mana pegangan kerajaan Amerika Syarikat sebanyak 10% pada Intel mungkin akan memberikan risiko kepada perniagaan, terutamanya melibatkan jualan antarabangsa.
Disamping jualan antarabangsa, Intel juga mengatakan langkah ini akan memberikan kesan dalam usaha mendapatkan geran kerajaan pada masa akan datang. Intel juga turut was-was sama ada entiti kerajaan lain turut ingin mengubah geran sedia ada dalam bentuk ekuiti atau sebaliknya.
Intel sebelum ini menjana 76% pendapatan daripada luar Amerika Syarikat, dan 29% pendapatan mereka adalah daripada China. Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada negara-negara lain akan mengehadkan penggunaan cip Intel atau sebaliknya, memandangkan penglibatan kerajaan Amerika sebagai pemegang saham akan membawa kepada persoalan sama ada data yang melalui cip berkenaan selamat daripada pengintipan atau sebaliknya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.