Malaysia Oversight

Mahkamah arah kubur pelatih Palapes digali semula

By MkiniBM in August 26, 2025 – Reading time 1 minute
Mahkamah arah kubur pelatih Palapes digali semula


Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan supaya kubur pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UTM Skudai, Syamsul Haris Shamsudin, digali semula.

Hakim Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan ibu Syamsul Haris iaitu Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, selaku pemohon supaya kubur anaknya digali bagi bedah siasat kedua.

Semalam, hakim mendengar hujahan daripada tiga pihak iaitu Ketua Polis Negara dan Peguam Negara sebagai responden pertama dan kedua serta Ummu Haiman.

[Berita penuh menyusul]



Source link