HUMAIN Chat Dilancarkan Sebagai Chatbot Bahasa Arab Termaju Yang Memahami Budaya Islam
Effi Saharudin
Selama ini beberapa model dan chatbot kecerdasan buatan (AI) dibangunkan oleh negara Barat dan China. Ini menimbulkan isu apabila jawapan yang diberikan adalah bercanggah dengan fahaman ugama dan budaya setempat. Semalam HUMAIN, syarikat AI milik Arab Saudi melancarkan HUMAIN Chat yang menurut mereka ialah chatbot bahasa Arab yang paling maju pernah dibangunkan.

HUMAIN Chat menggunakan model ALLAM 34B yang merupakan model bahasa raya (LLM) Arab yang paling maju setakat ini. Ia bukan sahaja memahami bahasa Arab tetapi juga memahami budaya, nilai dan warisan agama Islam. Pada waktu HUMAIN Chat boleh diakses pengguna di Arab Saudi sahaja dengan rancangan ia ditawarkan kepada lebih 400 juta pengguna bahasa Arab di seluruh dunia. Kemampuan lain ialah memahami dialek Mesir dan Lubnan.
Kemampuan lain HUMAIN Chat ialah melakukan carian web untuk maklumat terkini. Boleh memahami perbualan bahasa Arab dan Inggeris secara serentak serta memenuhi kandungan yang dibenarkan oleh pemerintah Arab Saudi dengan pelayar diletakkan di dalam negara sepenuhnya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.