Menjaga keselamatan peranti anda hari ini dilihat sama penting seperti menjaga keselamatan komputer desktop ataupun komputer riba anda. Oleh kerana ini, CelcomDigi telah memperkenalkan aplikasi keselamatan peranti WebSHIELD.
Aplikasi keselamatan WebSHIELD adalah khusus untuk pelanggan CelcomDigi, dan dikuasakan oleh sistem keselamatan digital global Cisco yang direka khusus untuk membantu dalam memastikan peranti pintar anda sentiasa selamat.
Aplikasi ini direka khas untuk pelanggan rangkaian CelcomDigi yang membantu dalam menghalang serangan phishing, menghalang anda membuka laman web yang palsu dan memuat-turun fail-fail yang memudaratkan peranti anda.
CelcomDigi mengatakan setelah anda melanggan perkhidmatan aplikasi keselamatan ini, ia akan beroperasi di latar belakang peranti anda tanpa memberi gangguan kepada peranti anda dari segi prestasi.
Pelancaran WebSHIELD ini juga adalah sebagai pelengkap kepada aplikasi keselamatan MobileSHIELD yang dilancarkan sebelum ini, yang membantu pengguna untuk memastikan pengguna selamat daripada isu-isu keselamatan digital mudah alih seperti memuat-turun aplikasi palsu, spam, ketirisan maklumat pengguna dan lain-lain.
Bersempena dengan pelancaran aplikasi WebSHIELD ini, CelcomDigi juga memperkenalkan promosi untuk melanggan perkhidmatan ini, yang berlangsung dari 21 Ogos 2025 ke 20 November 2025, dimana harga langganan adalah RM1 sebulan sepanjang tempoh ini. Ia akan berubah ke RM3 setiap bulan setelah tempoh ini tamat.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aplikasi keselamatan WebSHIELD ini, anda boleh membaca mengenainya di laman web CelcomDIgi.