Malaysia Oversight

Bahaya menteri nak tunjuk round neck ada kolar, kata wakil PN

By MkiniBM in August 25, 2025 – Reading time 2 minute
Bahaya menteri nak tunjuk round neck ada kolar, kata wakil PN


PARLIMEN l Suasana Dewan Rakyat yang lazimnya tegang bertukar menjadi sesi gelak ketawa pada tengah tadi apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkata dia akan menunjukkan bahawa kemeja round neck yang dipakainya mempunyai kolar.

Ia susulan kenyataan Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang tiba-tiba bangun dan mencelah Azalina yang sedang membentangkan Rang Undang-Undang Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2025 bagi bacaan kali kedua dengan meminta petua daripada Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau berhubung etika berpakaian.

e32f9292bfd8fd15fc479bd494f31774
Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu)

“Peraturan Dewan 41 (f) iaitu pakaian menteri. Adakah cara pemakaian menteri tersebut mengikut etika yang diluluskan oleh Dewan. (Ini) kerana peraturan 41 (f) dikatakan..bahawa ahli lelaki hendaklah memakai sama ada pakaian kebangsaan, long suit (sut panjang).

“Ahli wanita hendaklah memakai sama ada pakaian kebangsaan, sarung, blouse berlengan panjang atau skirt yang sekurang-kurangnya paras lutut. Semua ahli juga boleh memakai pakaian istiadat atau apa sahaja pakaian lain selagi mana dibenarkan oleh Yang Dipertua.

“Saya nampak Pengerang (Azalina) memakai round neck, adakah itu mengikut etika berpakaian dalam dewan,” katanya.

Alice bagaimanapun tidak bersetuju dan berkata pakaian Azalina itu boleh dipakai ketika dalam dewan.

Azalina kemudian menyatakan round neck yang dipakainya mempunyai kolar.

Round neck saya ada kolar, mungkin Yang Berhormat (Rosol) tak nampak, selepas ini saya tunjuklah,” katanya yang kemudian disambut ketawa oleh ahli Dewan Rakyat.

Rosol kemudiannya bangun sambil menyatakan kata-kata dibuat oleh Azalina itu adalah berbahaya.

885cc7c8c3e4b25448bfd1ceced25e44

“Jadi saya pakai tudung, tapi tahu la kepada PN tengok round neck tak tahan ke,” kata Azalina sambil membalut kemeja itu dengan sehelai tudung dan meneruskan pembentangannya.



Source link