Malaysia Oversight

Petronas, Petros mohon penangguhan sebulan

By MkiniBM in August 25, 2025 – Reading time 1 minute
Petronas, Petros mohon penangguhan sebulan


Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuching iaitu kedua-dua pihak secara bersama memohon supaya prosiding pendengaran ditangguhkan selama sebulan.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata penangguhan itu diberikan bagi membolehkan rundingan yang sedang berlangsung di antara kedua-dua pihak dapat diteruskan.

“Pihak yang terlibat masih dalam rundingan dengan tujuan untuk mencapai penyelesaian,” katanya.

– Bernama



Source link