Malaysia Oversight

Tahap kesihatan makin serius, Soffi Jikan kini di Hospital Serdang

By Utusan in August 25, 2025 – Reading time 2 minute
Tahap kesihatan makin serius, Soffi Jikan kini di Hospital Serdang


PETALING JAYA: “Jangkitan kuman pada jantung. Kemas kini 24 Ogos, Soffi Jikan dipindahkan ke Hospital Serdang.”

Demikian perkongsian rakan baik Soffi Jikan, Hasyim yang memaklumkan pelakon itu kini dirawat di Hospital Serdang sejak semalam.

Menerusi perkongsian di TikTok, Hasyim turut memaklumkan kondisi kesihatan Soffi kini semakin membimbangkan akibat jangkitan kuman pada bahagian jantung.

“Jangkitan kuman pada jantung. Kemas kini 24 Ogos, Soffi Jikan dipindahkan ke Hospital Serdang.

“Keadaan kesihatan terkini agak serius. Semoga cepat sembuh,” katanya dalam video tersebut.

Tambah Hasyim, pelakon filem KL Gangster itu akan sering membuat siaran langsung TikTok dan orang ramai boleh memberi sumbangan menerusi pemberian ‘gift’ mengikut kemampuan.

“Dia akan buat siaran langsung TikTok selalu, boleh sokong jika berkemampuan,” ujarnya membalas komen netizen.

Bimbang dengan tahap kesihatan pelakon itu, rata-rata netizen mendoakan agar Soffi diberikan kesembuhan secepat mungkin.

Perkongsian tersebut dibanjiri ratusan komen yang rata-ratanya mendoakan aktor tersebut,

“Semoga Soffi cepat sembuh, rindu nak lihat lakonannya.

“Semoga Allah SWT merahmati dan berikan kesembuhan,” komen netizen.

Sebelum ini, Soffi atau nama sebenarnya Mohammad Shoffi Jikan, 54, memaklumkan dia menerima rawatan untuk jangkitan kuman pada hati namun perlu berdepan dengan penyakit berkaitan jantung.

Difahamkan, Soffi telah menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh sejak Julai lalu selepas mengalami jangkitan kuman pada hati.-UTUSAN





Source link