Malaysia Oversight

DAP kini jadi ‘MCA 2.0’ di bawah Loke, kata Ti

By MkiniBM in August 25, 2025 – Reading time 2 minute
DAP kini jadi 'MCA 2.0' di bawah Loke, kata Ti


Bekas naib presiden MCA, Ti Lian Ker, berkata DAP di bawah kepimpinan Anthony Loke telah berubah menjadi sama seperti parti yang pernah dibencinya – iaitu MCA.

Ini susulan kenyataan Loke bahawa DAP boleh berfungsi tanpa sokongan MCA dalam perpaduan.

“Kepada penyokongnya, ini mungkin nampak seperti keberanian. Tetapi di sebalik itu, ia mendedahkan sesuatu yang lain: DAP kini telah menjadi sama seperti parti yang pernah dibencinya.

“DAP hari ini tidak lebih daripada MCA 2.0, tetapi berfungsi atau bekerja dengan lebih teruk daripada MCA.

“Untuk bermula, bolehkah DAP atau ‘MCA 2.0′ menubuhkan institusi seperti Universiti TAR (Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology) atau UTAR (Universiti Tunku Abdul Rahman)?” soalnya di Facebook hari ini.

Semalam, Loke berkata DAP tidak pernah menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan MCA walaupun parti itu sering mengeluarkan kenyataan untuk menjauhkan diri daripada DAP.

2722640bb6d05537ce8b81a0d5616686

“Pertama sekali, kami tidak pernah berkata kami mahu bekerjasama dengan mereka. Jadi jangan menyanjung diri anda dengan menganggap DAP sedang mendapatkan kerjasama dengan MCA,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Menteri Pengangkutan itu berkata demikian selepas menghadiri majlis makan malam DAP Perak di Ipoh, Perak.

Loke mengulas kenyataan Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong, yang baru-baru ini dilapor berkata MCA sukar untuk bekerjasama dengan DAP, walaupun mereka adalah sebahagian daripada .

“DAP lebih tunduk kepada

Ti berkata, tragedi sebenar bagi rakyat Malaysia bukan kelemahan MCA, tetapi pengkhianatan DAP terhadap rakyat.

Ti juga mendakwa DAP lebih tunduk kepada berbanding MCA.

Menurutnya MCA tidak pernah menampilkan diri sebagai parti revolusioner kerana ia mengetahui hadnya dan memainkan peranan secara sederhana.

“DAP meningkat populariti dengan janji-janji penuh semangat tentang keadilan, reformasi, dan keberanian. Kini, dengan kuasa di tangan, janji-janji itu lenyap. Bukannya mencabar , DAP tunduk lebih rendah daripada MCA.

d3bedd7e365def290efec001ad49378e

“Daripada mempertahankan prinsip, mereka membisu demi survival gabungan. Daripada mengingati Teoh Beng Hock, mereka menguburkan perjuangannya demi keselesaan politik,” katanya.

‘Kamu bukan Kit Siang atau Karpal’

Ti turut mengingatkan Loke bahawa dia bukan seperti tokoh DAP, Lim Kit Siang dan mendiang Karpal Singh, yang sering bercakap benar kepada kekuasaan walaupun berisiko pada diri sendiri.

Sebaliknya, kata Ti, Loke mengukur kekuatannya dengan menyerang MCA secara mudah.

“Lim dan Karpal berjuang dengan berani dan jujur, walaupun kadang-kadang menanggung risiko peribadi. Mereka dihormati kerana integriti, bukan kerana sombong.

“Loke pula mengukur kekuatannya dengan menyerang MCA yang sedang lemah. Menendang lawan yang sudah lemah bukan keberanian, tapi pengecut.

“Daripada menunjukkan prinsip reformis, beliau lebih mengutamakan keselesaan politik. Daripada menaikkan standard DAP, beliau menurunkannya,” tambah Ti.



Source link