Setel Kini Digunakan Lebih 9 Juta Rakyat Malaysia
Aman
Setel merupakan salah satu aplikasi digital yang pada awalnya memfokuskan kepada kemudahan untuk pembayaran pembelian minyak di stesen Petronas. Telah diperkenalkan pada Julai 2018 yang lepas, kini ia telah diperluaskan secara berperingkat menambah beberapa ciri, termasuk sokongan pembayaran parkir dan lain-lain.

Menurut Setel, kini aplikasi berkenaan digunakan lebih 9 juta rakyat Malaysia, dan boleh diakses di lebih 1000 stesen Pestronas dan juga lebih 2.6 juta peniaga di seluruh negara. Memandangkan ia turut menyokong pembayaran DuitNow QR, maka Setel turut boleh digunakan sebagai dompet digital.
Setel ditawarkan melalui aplikasi Setel dan Setel Lite (memfokuskan pengguna peranti Android berspesifikasi rendah), selain turut hadir terbina melalui aplikasi Touch n Go eWallet.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.