Malaysia Oversight

Tambahan RM100 juta tumpu proses pembangunan semula Gaza

By MkiniBM in August 25, 2025 – Reading time 2 minute
Tambahan RM100 juta tumpu proses pembangunan semula Gaza


Peruntukan tambahan RM100 juta bagi membantu rakyat Palestin di Gaza akan memberi tumpuan kepada proses pembangunan semula wilayah itu yang terkesan akibat perang genosid Israel, kata Menteri Komunikasi Datuk Fadzil.

Beliau berkata pendekatan sumbangan kali ini berbeza berbanding sebelum ini yang lebih menumpukan kepada bantuan makanan.

“Dua tahun lepas, sekitar Oktober dan November 2023, kita berjaya mengusahakan sumbangan bersama pihak swasta, bagaimanapun banyak bekalan makanan yang disediakan terbazir akibat sekatan rejim Zionis yang langsung tidak membenarkan kemasukan (bantuan) ke Gaza.

“Kali ini fokusnya mungkin berbeza iaitu ke arah usaha membangunkan semula Gaza dan saya percaya ia boleh dilakukan dengan kerjasama rakan antarabangsa termasuk Jepun,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Arul Rajoo Durar Raj.

berkata memberikan jaminan bahawa komitmen Malaysia terhadap perjuangan Palestin tidak berubah, malah diperkukuh dengan pemberian dana tambahan itu.

“Saya juga ingin menegaskan bahawa pendirian Malaysia tentang kemerdekaan Palestin tidak berubah dan tidak ada prasyarat, ia tidak bergantung kepada keadaan,” katanya.

db5d13c11c59ed9bef073c0369a6435b

Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim ketika berucap pada Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza di Dataran Merdeka, malam tadi mengumumkan MADANI meluluskan peruntukan tambahan RM100 juta bagi membantu rakyat Palestin di Gaza yang sedang menghadapi krisis kemanusiaan.

yang juga Menteri Kewangan menegaskan ia merupakan komitmen berterusan Malaysia dalam membela nasib rakyat Palestin.

Perdana Menteri turut menggesa lebih banyak syarikat besar dan korporat menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin selain belajar daripada nikmat keamanan serta kebebasan yang dikecapi untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.

– Bernama



Source link